Kit Siang gesa ambil tindakan kepada Zakir Naik

Iklan
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang berpendapat pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap kenyataan dikeluarkan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini.

Kit Siang mendakwa Dr Zakir mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat India di Malaysia apabila membandingkan nasib diterima penganut Hindu di Malaysia dengan umat Islam di India.

Iklan
Iklan

"Dalam ucapannya baru-baru ini di Kelantan, beliau menyatakan dirinya menerima lebih 100 peratus hak sepatutnya diterima di Malaysia berbanding umat Islam di India.

"Beliau menambah adalah agak malang apabila penganut Hindu di Malaysia di sebalik manfaat diperoleh mereka lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi daripada Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, masyarakat India telah melakukan pengorbanan besar kepada kewujudan Malaysia seperti yang ada sekarang.

Tegas beliau, kenyataan Dr Zakir itu adalah ‘cubaan nakal’ dan menyedihkan untuk mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama, salah faham dan konflik di Malaysia.

Iklan

"Pihak berkuasa tidak harus membenarkan rakyat asing menyalah guna keistimewaan mereka menjadi Penduduk Tetap dan mewujudkan ketegangan serta konflik antara agama dan kaum di Malaysia,” katanya.

Lebih 70,000 pengunjung membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV untuk mengikut secara dekat perkongsian ilmu oleh pendakwah antarabangsa tersohor, Dr Zakir Naik di Kelantan Sabtu lepas.

Dr Zakir tiba dengan kenderaan pacuan empat roda disambut kepimpinan kerajaan Kelantan dan dif-dif kehormat.

Laungan Allahuakbar bergema di dalam stadium setelah pendakwah tersebut melambai tangan ke arah hadirin yang membanjiri padang stadium tersebut seawal jam 6 petang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dalam ucapannya berkata, majlis seumpama itu meninggalkan satu sejarah yang mendalam kepada Kelantan.

Katanya, rakyat Kelantan bertuah kerana sering kali dilawati pemimpin Islam dunia.

Malah beliau berkata, apa sahaja pendekatan digunakan Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ilmunya adalah untuk menegakkan kebenaran dalam Islam.