KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberikan amaran kepada pengusaha minyak bagi memastikan tiada unsur boikot dan bekalan petrol serta diesel mencukupi menjelang Januari 2019.
Timbalan Pengarah Cawangan Operasi Khas KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kementerian di bawah penguat kuasa mula mengedarkan antara 200 hingga 300 notis arahan pematuhan itu sejak semalam dilakukan secara berperingkat ke 3,700 pengusaha stesen minyak seluruh negara.
Menurutnya, tindakan pengusaha stesen minyak untuk boikot susulan pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng jangkaan penurunan harga minyak dan kaedah apungan harga bahan api secara mingguan bermula tahun depan akan memberikan ketidak selesaan kepada pengguna.
"Persatuan pengusaha stesen minyak yang mengatakan kemungkinan besar 1 Januari ini tak ada minyak adalah kenyataan bahaya yang menyebabkan pengguna panik dan keadaan tidak selesa memandangkan 2 Januari akan bermulanya sesi persekolahan dan jalan mulai sibuk.
"Sebagai pelesen barang kawalan, pengusaha tak boleh buat sebarang ugutan atau kenyataan yang menyebabkan perasaan tidak senang kepada pengguna dan kerajaan. Mereka perlu pastikan bekalan sentiasa ada seperti disyaratkan, jika ingkar mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan 1991," katanya.
Jelasnya, beliau turut mengingkatkan kemungkinan lesen pengusaha boleh ditarik jika didapati bersalah dan tak boleh lagi meniaga barang kawalan.
"Kertas siasatan akan dibuka jika menerima kes dan akan dibawa ke mahkamah di bawah Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan 1974 jika sabit salah boleh didenda RM3 juta hingga RM5 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
"Setakat ini 81 kes kertas siasatan dibuka bagi pelbagai kesalahan pengusaha minyak dan tindakan sewajarnya akan diambil. Ini kes terdahulu jadi melalui notis arahan dikeluarkan kita tak mahu ada pertambahan kes, pastikan pengusaha patuh," katanya.
Media melaporkan pengguna dijangka akan berhadapan dengan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering menjelang 1 Januari 2019.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (Bumipeda), Datuk Abu Samah Bachik berkata, perkara itu mungkin terjadi kerana berpunca daripada keengganan pengusaha stesen minyak menambah simpanan dalam tangki menjelang penghujung bulan ini.