KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang lelaki yang dilaporkan maut dalam pergaduhan pada Sabtu di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi dekat sini, susulan satu kemalangan.
"Al-Fatihah...takziah dari saya dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)...sedih sangat!," titah Raja Permaisuri Agong menerusi laman Twitter rasmi baginda.