Wanita jadi mangsa pergaduhan jalan raya

Iklan
Mangsa tersepit antara dua kenderaan dalam kejadian di Istana Buckingham di London.

LONDON - Seorang wanita menjadi mangsa pergaduhan jalan raya dalam kejadian berhampiran Istana Buckingham di London semalam.

Mangsa berusia dalam lingkungan 40-an itu itu tersepit antara kereta Mercedes dan Range Rover selepas kenderaan pacuan empat roda tersebut dikatakan memandu secara meluru ke arahnya di laluan sekitar kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.

Iklan
Iklan

Rakaman sistem kamera litar tertutup menunjukkan kaki wanita terbabit terperangkap antara kedua-dua kenderaan tersebut.

Menurut saksi, mangsa menjerit kesakitan ketika Range Rover tersebut mengundur hingga menyebabkannya jatuh ke tanah dalam keadaan sakit.

Iklan

Pemandu Range Rover terbabit yang berumur 23 tahun yang disyaki terlibat dengan pergaduhan turut ditahan polis.

"Saya sedang menaiki bas. Saya tidak tahu punca pergaduhan tersebut, namun saya bersama penumpang lain dapat melihat seorang lelaki cuba menarik keluar pemandu yang membawa Range Rover.

Iklan

"Pemandu Range Rover terbabit kemudiannya memandu secara meluru ke depan lalu merempuh wanita itu yang kemudiannya tersepit antara kereta Mercedes," ujar saksi, Deepak Anand.

Difahamkan, mangsa telah dikejarkan ke hospital di tengah London untuk rawatan lanjut.

"Keadaannya tidak mengancam nyawa, namun kecederaan itu mungkin boleh mengubah hidupnya. Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada Range Rover tersebut sengaja merempuh wanita itu," kata jurucakap polis. - The Mirror