Rakyat Malaysia perlu 'gempur' kumpulan pelampau, kata Dr Asri

Iklan
Mohd Asri

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia perlu 'menggempur' kumpulan pelampau yang membantah pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4, kata Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Beliau mendakwa, kumpulan pelampau seperti ini sepatutnya disenaraikan di bawah anasir subversif dalam negara.

Iklan
Iklan

Mohd Asri berkata, mereka hendaklah dianggap sebagai satu ancaman kepada negara setaraf dengan ancaman terrorisme.

"Masyarakat Malaysia hendaklah digemblengkan untuk menggempur kumpulan pelampau ini sehingga mereka pulih atau keluar meninggalkan negara ini," tulisnya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam yang melabelkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis kerana membantah keras pelaksanaan tulisan khat dan Jawi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PM anggap Dong Zong rasis

Iklan

Dr Mahathir berkata, sebelum ini pertubuhan itu pernah membantah penubuhan sekolah wawasan yang menghimpunkan ketiga-tiga sekolah rendah iaitu, Sekolah Kebangsaan, Sekolag Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) dalam satu kawasan.