1MDB: Najib gagal tangguh prosiding

Iklan
Najib - Foto ZAHID IZZANI

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes 1MDB selepas selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya.

Lima panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan keputusan mahkamah tinggi yang menolak penangguhan tersebut adalah betul.

ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Najib, Rosmah terima notis afidavit lucut hak

Iklan
Iklan

Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah tidak terkhilaf dalam menjalankan budi bicara kehakimannya di bawah Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah

"Tidak ada sebab untuk campur tangan rayuan," katanya.

Iklan

Sebelum ini Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh perbicaraan pada 19 Ogos hingga 29 Ogos depan yang kemudian akan bersambung sepanjang September serta Oktober hingga 14 November.

Pada 5 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Sebli sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan penangguhan perbicaraan kes 1MDB.

Iklan

Pada 20 September 2018, Najib didakwa dengan empat pertuduhan menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Kesalahan itu didakwa di AmIslamic Bank Bhd, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014.