Jangan persoalkan kesetiaan masyarakat keturunan India: Patriot

Iklan
Mohamed Arshad Raji

KUALA LUMPUR - Pesatuan Patriot Nasional (Patriot) hari ini meminta pendakwah Islam Dr Zakir Naik supaya jangan mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India terhadap negara.

President Patriot Datuk Mohamed Arshad Raji juga meminta Zakir agar tidak menggembar- gemburkan tentang layanan kerajaan China terhadap umat Muslim Uyghur di negara itu.

Iklan
Iklan

"Rakyat Malaysia yang berketurunan India setia kepada negara. Mereka turut banyak menyumbang bersama bangsa lain berkhidmat dengan anggota keselamatan dalam mempertahankan raja dan negara.

"Tindakan Zakir mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India adalah silap dan jahil tentang rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata isu sensitif seperti umat Islam Uyghur pula seharusnya diserahkan kepada Kementerian Luar untuk ditangani dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Arshad mengulas ceramah yang disampaikan oleh Zakir dalam program dakwah Kelantan pada 9 Ogos. - Bernama

Iklan