20,000 tandatangan petisyen 'Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir'

Iklan
Petisyen 'Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir' telah mengumpulkan 20,000 tandatangan setakat ini.

SHAH ALAM - Petisyen dalam talian 'Keadilan buat kematian Syed Muhammad Daniel Syed Syakir' telah mengumpulkan 20,000 tandatangan setakat jam 12.24 tengah hari ini dan jumlahnya terus meningkat dari semasa ke semasa.

Petisyen itu dilancarkan oleh warganet, Muhammad Al Hakim Sayed Nasir menerusi tandatangan dalam talian di Change.Org semalam.

Iklan
Iklan

Kes membabitkan Syed Muhammad Daniel, 29, menjadi perhatian selepas meninggal dunia dalam satu pergelutan ekoran perselisihan faham dalam insiden kemalangan jalan raya di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran susur Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu.

Syed Muhammad Daniel disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Nilai, Negeri Sembilan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Qistina Ayu, 28, dan anak perempuan, Syarifah Dian, empat bulan.

Iklan

Susulan insiden itu, pelbagai spekulasi negatif ditimbulkan netizen dan sekurang-kurangnya empat video yang dirakam pengguna jalan raya berkenaan insiden itu tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa saksi yang mana ada antara mereka tampil secara sukarela dan ada juga diminta tampil membantu siasatan.

Iklan

Sehari selepas insiden itu, sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman bagi membantu siasatan.

Seorang netizen yang telah menandatangani petisyen berkenaan, Hirman Sharifuddin berkata, insiden ini wajar dijadikan pengajaran untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Agar insiden ini menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa tidak mengulanginya pada masa hadapan," katanya.

Sementara menurut Zulia Hafida, pembelaan yang adil perlu diberikan ke atas apa yang menimpa Syed Mohamad Daniel.

"Moga mahkamah memberikan hukuman yang adil dan setimpal. Jangan la pula ada campur aduk politik. Tiba-tiba isu terus jadi senyap, sedangkan isteri dan anak arwah perlukan pembelaan.

"Moga mahkamah menjalankan tanggungjawab dgn adil dan saksama," katanya.

Sementara Muhamat Puhat Bin Bedol berkata, insiden yang berlaku itu adalah isu kemanusiaan.

"Ini adalah isu kemanusiaan. Keadilan harus ditegakkan supaya semua rakyat Malaysia tahu dan hormat kepada undang undang negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis nafi lelaki maut disebabkan perkauman

Lelaki maut selepas selisih faham

Polis rakam keterangan saksi kemalangan

Lancar petisyen keadilan buat Syed Muhammad Daniel