Beli Vivo dan berpeluang memenangi Proton Saga

Iklan

BERMULA dari 22 Disember 2018, mereka yang membeli telefon pintar Vivo Malaysia berpeluang memenangi sehingga 100 peratus Cashback untuk telefon pintar yang dibeli dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah Proton Saga!

Caranya mudah sahaja, hanya berbekalkan resit tunggal bernilai RM500 dan ke atas dari mana-mana cawangan Vivo Concept Store, pembeli boleh mendaftarkan pembelian, mengisi borang untuk cabutan bertuah dan kini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dari Vivo.

Iklan
Iklan

Vivo Malaysia ketika ini menawarkan model baharu Vivo V11, V11i, Y91i, NEX dan pelbagai lagi di semua cawangan Vivo Concept Store, pengedar sah dan rakan niaga, platform membeli-belah atas talian Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan platform atas talian rasmi Vivo, Vivo Store (http://www.vivostore.com.my).

Sementara itu, Vivo NEX merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi kamera hadapan Elevating di skrin tanpa bezel dengan ciri paparan Ultra FullView, Super AMOLED berukuran 6.59 inci dengan nisbah 19.3:9 dan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.24 peratus yang memberikan paparan lebih luas selain dilengkapi teknologi In-Display Fingerprint Scanning dan teknologi Screen Soundcasting.

Iklan

Vivo V11i pula dilengkapi gabungan kamera belakang 16MP + 5MP, AI Backlight mode, AI Low light mode, AI Scene Recognition dan AI Portrait Framing selain dipadankan dengan 4GB RAM dan 128GB ROM bersama-sama teknologi Fast Charging dan didatangkan dalam dua tiga variasi warna iaitu Starry Night, Nebula dan Fairy Pink.

Vivo Y81i juga menampilkan skrin paparan besar dengan 15.5 peratus lebih banyak ruang tontonan, nisbah skrin ke badan sebanyak 87.9 peratus dengan pengurangan bezel, teknologi Face Access dan kamera belakang definisi tinggi 13MP yang dilengkapi teknologi AI Face Beauty yang mampu mengesan jantina, umur, warna dan tekstur kulit dan pencahayaan persekitaran sambil membantu mencantikkan gambar.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

#vivoMalaysia #vivoMY #vivoChristmasCarnival

This browser does not support the video element.