SAR dua warga Singapura di Mersing masuk hari kelima

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dan seorang wanita Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Endau dekat Mersing, Khamis lepas.

MERSING - [DIKEMASKINI] Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di perairan Endau-Mersing kini masuk hari kelima.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, skop pencarian ketika ini adalah dengan kaedah di permukaan laut yang melibatkan sembilan aset kapal dan bot daripada pelbagai agensi membabitkan 600 batu nautika persegi.

Iklan
Iklan

"Pencarian turut dipergiat lagi dengan menggunakan tiga buah aset udara yang mana keluasan kawasan pencarian adalah dikekalkan iaitu sehingga 900 batu nautika persegi.

"Hari ini memasuki hari kelima operasi SAR dan merupakan hari keenam kali terakhir mangsa dilihat setelah terpisah daripada ahli kumpulan yang lain," katanya.

Iklan

Menurutnya, selain itu, pencarian turut dilaksanakan di sekitar pesisir pantai.

"Penduduk pulau-pulau di kawasan kejadian juga diminta memberikan maklumat jika terdapat sebarang penemuan di sekitar kawasan mereka sepertimana hebahan yang telah dilakukan.

Iklan

"Jumlah kekuatan anggota terlibat SAR adalah 122 orang. Pencarian juga dibantu oleh penduduk dan nelayan tempatan bagi pencarian di pulau-pulau dan sekitar perairan Mersing," katanya.

Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Tan Eng Soon, 62 dan Puah Geok Tin, 57, dilaporkan hilang selepas kayak dinaiki terpisah dengan 13 lagi rakan mereka yang sedang berkayak dari Endau-Mersing menuju ke Pulau Mertang, kira-kira jam 5 petang, Khamis lalu.

Mereka dikatakan terpisah darpadai kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Singapura hilang: SAR guna aset udara