Enjin ambulans Hospital Melaka terbakar

Iklan
Sebuah ambulans secara tiba-tiba terbakar pada bahagian enjinnya sebaik sahaja menurunkan pesakit berhampiran Blok E Hospital Melaka pagi semalam.

MELAKA - Sebuah ambulans tiba-tiba terbakar pada bahagian enjinnya sebaik sahaja menurunkan pesakit berhampiran Blok E, Hospital Melaka pagi semalam.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu tidak melibatkan bangunan hospital atau sebarang kecederaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya menerima menerima laporan pada jam 8.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Menurutnya, selain Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu operasi turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dengan kekuatan anggota keseluruhan seramai 16 orang termasuk Komander Operasi.

Iklan

"Sebelum kejadian, ambulans berkenaan baharu sahaja menghantar seorang pesakit dari Unit Kecemasan Hospital Melaka ke Blok E.

"Selepas menurunkan pesakit pemandu mendapati bahagian hadapan kenderaan berasap dan terbakar. Pemandu cuba memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan alat pemadam api dan 'hose rell' sebelum dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Katanya, ketika kejadian kenderaan terbabit dalam keadaan berhenti.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan berita bergambar yang tular di media sosial kononnya berlaku kebakaran di Hospital Melaka.

"Kami tiada menerima sebarang panggilan kebakaran lain selain membabitkan kes ambulans pagi tadi (kelmarin)," katanya.