Bukan korban guna duit zakat

Iklan
Syeikh Zakaria (berdiri, lima kiri) bersama sebahagian kakitangan LZNK dan pihak masjid di Masjid Belantik, Sik, kelmarin.

ALOR SETAR - Kira-kira tiga lembu dikorbankan pada program Agihan Daging Korban yang julung kali diadakan di Masjid Belantik, Sik, kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman berkata, seramai 150 asnaf membabitkan tiga kariah menerima agihan daging korban seberat satu kilogram (kg) itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, agihan daging korban itu sebenarnya tidak menggunakan duit, sebaliknya ia adalah amanah diberikan peserta korban kepada pihak LZNK untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf Zakat Kedah.

Syeikh Zakaria berkata, pihaknya hanya menjalankan tanggungjawab menguruskan aktiviti korban selepas diberikan amanah oleh peserta-peserta korban.

Iklan

"Peserta-peserta yang minta pihak Zakat Kedah menguruskan sebelum mengagihkan terus kepada asnaf. Untuk itu, Zakat Kedah membuat agihan daging seberat 1kg bermula jam 11 pagi kepada penerima," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf, Ahmad Hambali Mohd Puat berkata, walaupun iklan dibuka kurang sebulan, namun sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Iklan

"Kita terima penyertaan lima lembu, tiga daripadanya diagihkan di Sik dan dua lagi di Baling pada raya keempat. Ini pertama dalam sejarah zakat kita urus agihan daging korban," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi LZNK, Ridzuan Ahmad berkata, program ini akan diperluaskan pada tahun hadapan memandangkan permintaan amat menggalakkan.

Menurut beliau, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan agihan ke beberapa daerah lagi pada tahun hadapan dengan menyasarkan puluhan lembu untuk lebih ramai asnaf menikmati daging korban.