TAIPING - Pencarian lelaki berusia 24 tahun yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air di Air Terjun Burmese Pool di sini, masih diteruskan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa, M Jastin, 24, membabitkan 20 anggota bomba dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).
"Operasi hari kedua hari ini diperluaskan sehingga lingkungan tiga kilometer dari jarak mangsa dilaporkan hanyut.
"Anggota bomba bersama agensi bantuan berpecah kepada dua kumpulan dan melakukan pencarian permukaan dengan bantuan K9," katanya.
Menurutnya, tiada sebarang petunjuk ditemui setakat jam 6 petang tadi.
Dalam kejadian semalam, mangsa sedang berkelah bersama lima ahli keluarganya dikatakan sempat berada di atas batu tidak dapat menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras.
Operasi pencarian yang bermula pada jam 4.30 petang itu turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.