Tapak pelupusan sampah terbakar masih dipantau

Iklan
Tapak pelupusan sampah Kampung Air Putih Pekan Nanas yang terbakar Sabtu lalu.

PONTIAN - Pihak bomba masih memantau kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Air Putih Pekan Nanas seluas 1.2 hektar yang terbakar Sabtu lalu, walaupun api sudah dipadamkan kira-kira jam 7 petang semalam.

Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Mahadir Mamat berkata, anggotanya masih melakukan pemantauan secara berkala di tapak pelupusan sampah yang pernah terbakar dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 10 anggota bersama jentera dan dua lori tangki air tambahan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru dan Skudai terlibat dengan operasi pemadaman.

"Keadaan cuaca panas dan kering antara cabaran yang perlu dihadapi sewaktu operasi pemadaman di tapak pelupusan sampah

Iklan

"Bomba menggunakan tanah bagi mengelak kebakaran berulang. Selepas api dipadamkan tapak sampah digali menggunakan jentera pengorek dan ditutup semula dengan tanah," katanya.

Bomba masih melakukan pemantauan di tapak pelupusan sampah Kampung Air Putih Pekan Nanas walaupun api sudah dipadamkan petang semalam.

Mahadir berkata kebakaran tapak pelupusan sampah Kampung Air Putih, Pekan Nanas kemungkinan berpunca dari kebakaran kecil yang dilakukan di situ.

Iklan

"Pada tahun 2017, tapak pelupusan sampah di sini pernah terbakar, keadaan berulang pada tahun ini.

"Elakkan melakukan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi ketika cuaca panas dan kering pada masa sekarang," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong yang melawat lokasi tapak pelupusan sampah Kampung Air Putih Pekan Nanas yang terbakar mahu tapak pelupusan sampah itu ditutup segera.

Katanya, proses penutupan sampah dengan penggunaan tanah perlu disegerakan untuk jangka masa pendek kerana penutupan tapak pelupusan sampah dapat mengurangkan keluasan tapak kebakaran dan bau busuk.