MINA - Bandar Mina, Arab Saudi yang menempatkan khemah jutaan jemaah haji yang melakukan ibadah melontar dilanda ribut petir dan hujan lebat semalam.
Jemaah haji dilihat mencari perlindungan susulan cuaca buruk yang melanda secara tiba-tiba pada kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan).
Iklan
Iklan
Berikutan hujan lebat, khemah-khemah yang menempatkan jemaah turut dilimpahi air dan sampah kelihatan mengalir menuju ke kawasan lembah.
Hujan lebat tersebut melanda sehari selepas ribut petir melanda Arafah.
Jemaah haji dijangka akan berada di Mina sehingga esok namun ada yang akan meninggalkan bandar berkenaan hari ini. - khaleejtimes