MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat.
Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah sebelum hujan lebat melanda Mina.