Mayat mereput ditemukan di perairan Labuan

Iklan

LABUAN - Mayat seorang lelaki yang mereput ditemukan terapung di Bantayan Jahat Shoul, kira-kira 20 batu nautika di utara perairan Tanjung Kubong di sini hari ini.

Identiti mangsa belum dikenal pasti kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu, yang memakai baju-T tertera huruf DHJ dan seluar dalam merah berjalur.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, polis menerima laporan pada 11.20 pagi daripada anggota polis marin, yang melaporkan penemuan mayat terapung di laut berhampiran Tanjung Kubong.

Mayat itu ditemui polis marin Labuan semasa 'Op Gelora' di perairan Bantayan Jahat Shoul.

Iklan

"Tangan dan kaki mangsa hanya tinggal tulang manakala mukanya pula mereput,” katanya.

Muhamad Farid berkata berdasarkan pemerhatian awal, polis percaya mayat itu agak lama berada di air berikutan keadaannya.

Iklan

"Bagaimanapun, Unit Forensik akan mengenal pasti punca kematian dan mayat itu dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan identiti mangsa diminta segera menghubungi balai polis yang berhampiran atau balai polis Labuan. - Bernama