SEMENYIH – Seorang pekerja lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas setelah kaki kanannya tersepit di dalam mesin pengisar barang plastik kitar semula, di sebuah Sungai Lalang, di sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.40 pagi.
"Sepasukan 11 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi kejadian. Kita mendapati kaki kanan hingga bahagian peha mangsa tersepit dalam mesin pengisar,” katanya.
Zainal berkata, beliau telah mengarahkan anggotanya menggunakan peralatan khas menyelamat seperti ‘cutter’ dan ‘spreader’ untuk mengeluarkan kaki mangsa.
"Mangsa yang dikenali Ignasius Igo berusia 30 tahun itu kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Semenyih untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut,” katanya.