Taiwan jemput pelancong bermalam di pejabat presiden

Iklan
20 pelancong antarabangsa akan dipilih untuk bermalam secara percuma di mercu tanda Taipei yang berusia 100 tahun.

TAIPEI - Taiwan menjemput orang ramai untuk merasai pengalaman bermalam di pejabat presiden.

"Saya mengalu-alukan kedatangan anda ke Taiwan dan menerima layanan baik kami. Ketika berada di sini, mengapa tidak anda menjadi tetamu saya dan bermalam di bangunan pejabat presiden," kata Presiden Tsai Ing-wen menerusi video disiarkan dalam bahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

Difahamkan, sehingga 20 pelancong antarabangsa akan dipilih untuk bermalam secara percuma di mercu tanda Taipei yang berusia 100 tahun dijangka pada Oktober depan.

Mereka juga boleh menyaksikan upacara menaikkan bendera kebangsaan yang bermula seawal jam 5.30 pagi.

Iklan

Sementara itu, jurucakap presiden, Xavier Chang berkata, program itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan matlamatnya adalah untuk menunjukkan kebebasan, demokrasi dan keterbukaan mereka.

Inisiatif itu diumumkan beberapa minggu selepas China memaklumkan tentang penggantungan permit perjalanan individu ke Taiwan di bawah langkah yang bakal memberi kesan kepada ekonomi negara tersebut.

Iklan

Pemohon program itu perlu berumur 20 tahun ke atas, bukan rakyat tempatan dan menghantar rancangan kunjungan mereka bersama video kreatif.

Difahamkan, Taipei telah berdepan penurunan drastik pelancong sejak Ing-wen mengambil alih tugas tiga tahun lalu selepas Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinan beliau menuduh Beijing menggunakan pelancong sebagai 'senjata' untuk mengancam Taiwan.

DPP enggan mengiktiraf idea Taiwan sebagai sebahagian daripada 'satu China'. - AFP