Kereta nasional ketiga perlu manfaatkan rakyat

Iklan
Majlis pelancaran Proton Saga versi 2019 baru-baru ini.

SELEPAS Proton dan Perodua, rakyat di negara ini bakal menyambut kelahiran kereta nasional ketiga apabila dilancarkan pada Mac 2021.

Atas ilham Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kereta nasional baharu itu dikatakan akan menggunakan model segmen C dengan teknologi hibrid.

Iklan
Iklan

Apa yang membanggakan, projek berkenaan akan dibangunkan oleh syarikat penyelidikan dan pembangunan tempatan, DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) dengan sokongan teknologi daripada syarikat Jepun, Daihatsu Motor Company.

Selain menggunakan kepakaran teknologi moden, kereta nasional ketiga itu turut sedia menawarkan harga berpatutan dan mampu milik.

Iklan

Namun dalam usaha mempergiatkan industri automotif, kerajaan juga perlu memastikan kereta nasional kita mampu bersaing dan kekal kompetitif dengan syarikat pengeluar kereta dari negara asing.

Kemerosotan Proton dalam tempoh 10 tahun lalu seharusnya dijadikan pengajaran kepada kerajaan. Ketika itu, kerajaan begitu mudah membenarkan kereta daripada semua negara memasuki ke pasaran Malaysia.

Iklan

Pengeksportan Proton juga dikatakan menerima pelbagai halangan dari negara asing apabila dikenakan syarat ketat sehingga kereta nasional pertama kita itu gagal menembusi ke pasaran antarabangsa secara meluas.

Maka tidak hairanlah apabila timbulnya idea untuk melancarkan kereta nasional ketiga, banyak pihak telah mempertikaikannya.

Ada yang menegur kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian dengan menambahbaikan sistem pengangkutan awam dan tidak kurang juga mengkritik projek kereta nasional ketiga itu tidak ada dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Projek kereta nasional ketiga itu pastinya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat serta mampu memanfaatkan pekerja tempatan dengan menimba ilmu automotif baharu.

Kerjaan perlu berusaha bersungguh-sungguh melakukan pembaharuan dalam industri automotif negara seiring dengan negara-negara pengeluar kereta di dunia.

Rakyat masih berharap agar projek kereta nasional baharu itu jangan lagi berakhir seperti nasib malang yang menimpa beberapa projek mega nasional sehingga kerugian berbilion ringgit.