Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dibuka semula

Iklan
Penunjuk perasaan menghalang laluan ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam. - Foto AFP

HONG KONG - Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kembali beroperasi hari ini, menyusun semula jadual ratusan penerbangan yang tergendala berikutan kekacauan selama dua hari susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis rusuhan.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, pihaknya mendapatkan injuksi interim bagi menyekat penunjuk perasaan daripada menghalang operasi lapangan terbang.

Iklan
Iklan

"Orang ramai turut dilarang menghadiri atau menyertai sebarang protes atau himpunan awam di lapangan terbang selain dari kawasan yang dibenarkan," kata pihak berkuasa lapangan terbang dalam kenyataan hari ini.

Dalam protes yang bertukar ganas semalam, penunjuk perasaan menghalang penumpang daripada menaiki penerbangan sebelum bertempur dengan polis di luar terminal.

Iklan

Penunjuk perasaan turut menyerang dua lelaki yang dituduh sebagai perisik dan polis yang menyamar.

Polis rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semalam. - Foto AFP

Beberapa kenderaan polis dihalang oleh penunjuk perasaan dan polis rusuhan terpaksa menggunakan semburan lada untuk menyuraikan mereka.

Iklan

Menurut polis, lima orang ditahan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan penunjuk perasaan yang ditahan sejak protes bermula pada Jun lalu kepada lebih 600 orang.

Dilaporkan kira-kira 30 penunjuk perasaan masih berada di lapangan terbang awal pagi tadi sementara pekerja pembersihan sibuk membersihkan kawasan yang terjejas.

Tidak dapat dipastikan sama ada premis berkenaan akan sekali lagi menjadi sasaran penunjuk perasaan pada hari ini. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN:

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong lumpuh

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong gantung proses daftar masuk