Haramkan Dong Zong demi keamanan Malaysia

Iklan
Ismail Sabri

SHAH ALAM - Kerajaan dicabar mengharamkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) demi keamanan negara yang berterusan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengharaman Dong Zong perlu dibuat atas dasar menyelamatkan Malaysia dari pada terjerumus ke dalam senarai negara bergolak jika berlaku pertembungan etnik, kaum dan agama.

Iklan
Iklan

"Dong Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya juga adalah Melayu. Dong Zong jangan jadi ‘pelampau Cina’ yang akhirnya membakar kemarahan orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dong Zong memang rasis, hanya cakap soal orang Cina: PM

Iklan

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan tulisan khat dan jawi adalah muktamad dan tidak sepatutnya timbul pertikaian daripada Dong Zong serta ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kerana ia merupakan keputusan kerajaan yang juga diwakili oleh DAP.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir hari ini mempertahankan kenyataannya melabel Dong Zong sebagai rasis.

Iklan

Menurutnya, Dong Zong tidak pernah berkata apa-apa tentang Malaysia meskipun negara ini berbilang kaum dan hanya membangkitkan isu berkaitan masyarakat Cina sahaja.

"Mereka tak pernah bercakap tentang Malaysia. Mereka hanya memperjuangkan satu bangsa. Malaysia adalah negara berbilang kaum, kalau lakukan sesuatu kena jaga perasaan kaum lain.

"Dong Zong tak pernah kata apa tentang Malaysia dan selalu cakap tentang pendidikan masyarakat Cina. Bahkan semasa saya usulkan untuk wujudkan Sekolah Wawasan untuk satukan rakyat, mereka menolak,” katanya.