UMNO Perak gesa kerajaan jangan tunduk desakan

Iklan
Saarani Mohamad

IPOH - UMNO Perak menggesa kerajaan supaya tidak tunduk kepada sebarang tekanan dalam menghadapi bantahan pengajaran tulisan jawi dan seni khat di sekolah jenis kebangsaan (SJK) dan penghinaan terhadap anggota tentera.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, kedua-dua keadaan itu perlu ditangani secara tegas dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua pihak terlibat.

Iklan
Iklan

"Bantahan dan penghinaan ini merupakan satu serangan terhadap jiwa keharmonian serta keamanan negara.

"Perkara sebegini jika dibiarkan berlarutan akan mengancam kemurnian negara yang dipertahankan sejak merdeka lagi," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Iklan

Menurutnya, hanya mereka yang jumud pemikiran akan memandang pengenalan seni khat dan tulisan jawi di sekolah vernakular secara negatif dan sebarang usaha menjadikan ia sebagai isu perkauman dan rasis adalah langkah dangkal serta tidak cerdik.

"Ini kerana mempelajari tulisan jawi tidak bermakna ia proses 'memelayukan' atau 'mengIslamkan' orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Iklan

"Ia boleh dilihat usaha untuk memurnikan budaya Malaysia serta mempelajari sejarah negara," katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan apabila sindrom kebisuan berlaku dalam kalangan Menteri Pertahanan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kenyataan biadab ahli perniagaan, Koon Yew Yin terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, sebelum ini bekas-bekas tentera seperti Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) lantang bersuara mempertahankan anggota serta bekas tentera.

"Malangnya apabila anggota tentera dihina sebegini rupa, mereka seolah-olah hilang keberanian untuk bersuara mempertahankan ahli-ahli mereka," katanya.