Empat persatuan tolak tulisan jawi, seni khat

Iklan
Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Kedah, Ch'ng Chuwn Leong sedang memberikan pandangan.

SUNGAI PETANI - Empat buah persatuan Tionghua dan Tamil di negeri ini membantah memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat kepada murid sekolah bermula tahun hadapan.

Pengerusi Kedah Tamil Foundation, G Kumaran berkata, empat buah persatuan itu adalah Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Kedah, Persatuan Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Gabungan Persatuan Orang-Orang Cina Sungai Petani dan Kedah Tamil Foundation.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua persatuan itu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan untuk memperkenalkantulisan jawi dan seni khat kepada murid tahun empat di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) selain menganggap ia sebagai tidak munasabah.

Antara yang hadir ke pertemuan disertai empat buah persatuan Tamil dan Tionghua negeri Kedah.

"Kami khuatir lambat laun simbol dan identiti SJKC dan SJKT akan lenyap pada satu hari kelak.

Iklan

"Kami pohon dan harap kerajaan, terutama Kementerian Pendidikan dapat mendengar suara kami dan membuat keputusan yang boleh menyumbang ke arah memelihara keharmonian kaum," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan kempen bantahan di Dewan Kuil Sri Subramanian Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani hari ini.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Kedah, Ch'ng Chuwn Leong, Pengerusi Persatuan Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Datuk Cheng Lai Hock dan Pengerusi Gabungan Persatuan Orang-Orang Cina Sungai Petani, Lee Kuan Lin.

Dalam pada itu, Kumaran mengharapkan agar kerajaan lebih serius terhadap usaha meningkatkan ekonomi semua kaum terlebih dahulu berbanding melaksanakan perkara lain sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat.