Ledakan barber hipster

Iklan
FESYEN terkini yang ditawarkan menarik pelanggan untuk terus berkunjung ke premis mereka.

DUNIA penggunting rambut atau barber pastinya cukup berbeza jika dibandingkan dengan zaman silam dan sekarang.

Jika dahulu, si tukang gunting rambut bermain dengan seni guntingan klasik, namun momentum dunia fesyen yang semakin ‘menggila’ telah menyuntik satu ledakan baharu. Benar, barber hipster kini nampaknya semakin mendominasi pasaran tempatan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, e-Trend tidak menafikan masih ramai yang memilih kedai gunting rambut tradisional untuk mendapatkan khidmat memotong rambut yang lazimnya disertakan servis mengurut kepala, leher dan badan.

Ironinya, gelombangnya kini telah berubah seiring dengan permintaan milineal. Bersembang dengan anak muda masa sekarang, rata-ratanya cenderung memilih barber hipster. Pasti, ada banyak keistimewaan yang ditawarkan.

Iklan

Berdasarkan perkembangan itu, dua sahabat telah menjadikan minat mereka dalam seni fesyen guntingan rambut sebagai kerjaya utama. Ya, merekalah barber hispter yang menjadi tetamu Dominasi Oh! Lelaki pada minggu ini.

Kepada wartawan ARZIANA MOHMAD AZAMAN, dua pemuda, Zaizham Haron, 38, (Puffa) dan Mohd Nazairwan Arba’ain, 32, (Naxa) menjawab beberapa pertanyaan signifikan berhubung dunia barber hispter dipelopori mereka dan semakin mencanak kini.

Iklan

FESYEN terkini yang ditawarkan menarik pelanggan untuk terus berkunjung ke premis mereka.


Apakah yang mendorong saudara untuk memilih kerjaya tukang gunting rambut ini? Adakah daripada minat atau latar belakang keluarga yang sememangnya ada perniagaan sama?

PUFFA: Saya memilih kerjaya ini kerana minat yang mendalam terhadap fesyen rambut. Maka, saya tubuhkan Cutter Barbershop & Skatestore. Saya juga ingin menjadikan tukang gunting sebagai profesion utama memandangkan ia mampu menjana sumber pendapatan yang lumayan.

NAXA: Saya memilih kerjaya sebagai tukang gunting juga kerana minat yang mendalam terhadap fesyen rambut. Pada masa sama, peranan rakan-rakan sekelilingnya juga mempengaruhi saya. Mereka telah memberi dorongan dengan mencadangkan untuk saya menjadi tukang gunting rambut secara serius. Alhamdulillah, Eastcoast Barber Shop kini berjalan dengan baik.

Apa pandangan saudara terhadap bidang dandanan rambut lelaki jika dibandingkan dengan seni guntingan rambut dahulu dan sekarang?

PEMILIK Cutter Barbershop & Skatestore, Zaizham Haron atau mesra dipanggil Puffa (kanan) bersama kakitangannya.

PUFFA: Sebenarnya, seni gunting rambut dahulu dan sekarang tidak banyak jauh beza. Namun terdapat perbezaan dari aspek stail potongan. Antaranya ialah (potongan) high faded, bald faded, tapper faded, razor faded dan sebagainya. Sebagai tambah nilai kepada mereka yang mendapatkan khidmat barber hispter, perkakasan menggunting juga ada sedikit penambahan. Sebagai contoh, kini kami menggunakan trimmer dan shaver. Tidak keterlaluan untuk saya katakan, peralatan-peralatan sekarang lebih mudah dan efisyen. Hasil guntingan pun lebih padu dan kemas. Rata-rata pelanggan saya menggemarinya.

NAXA: Pada pendapat peribadi saya, gaya guntingan rambut sekarang lebih kepada fesyen pemakaian seseorang. Rata-rata tukang gunting perlu mengikut kehendak pelanggan berbanding gaya guntingan rambut dahulu yang tidak terlalu banyak permintaan. Pelanggan-pelanggan dahulu hanya serahkan sahaja kepada tukang gunting untuk mendesain fesyen rambut yang sesuai.

Apakah kelainan yang cuba ditonjolkan dalam dunia barber hipster? Boleh huraikan elemen fesyen dalam seni guntingan rambut masing-masing?

PUFFA: Kelainan yang saya cuba tonjolkan ialah barber concept store. Konsep yang saya guna pakai untuk kedai saya adalah industrial vintage. Elemen seni yang ada dalam dandanan rambut ialah seperti fade, texture dan outline yang sharp.

NAXA: Dari segi kelainan, saya lebih kepada Modern and Classic Haircut. Modern Haircut lebih sesuai untuk golongan anak-anak muda. Sementara Classic Haircut sesuai untuk golongan yang berumur. Untuk Modern Haircut, para pelanggan yang datang bertandang ke salun saya lazimnya meminta potongan seperti high-fade pompadour, textured quiff, undercut, spikey, topknot, tapper-fade dan burst-fade. Sementara untuk potongan klasik, selalunya ke arah natural haircut, flat-top, scumbag boogie, psycho-quiff dan sidepart pompadour.

Saya secara peribadi melihat, rata-rata dekorasi dalaman di premis barber hipster sungguh memikat. Ramai yang memilih barber hipster atas faktor itu? Anda berdua bersetuju?

PUFFA: Pemerhatian saudari memang benar. Di Cutter Barbershop & Skatestore saya menerapkan dekorasi bersifat santai dan sporty. Jika saudari boleh lihat, ada peralatan skateboard di sudut-sudut tertentu. Sebenarnya, ia (skateboard) adalah minat dan jiwa saya. Saya mahu setiap kali pelanggan datang, mereka akan ingat trademark premis saya iaitu skateboard selain servis terbaik yang saya berikan.

PEMILIK Eastcost Barber Shop, Mohd Nazairwan Arba’ain atau lebih dikenali dengan gelaran Naxa (tengah) bersama kakitangannya.


NAXA: Premis saya pula mengaplikasikan dekorasi industrial modern. Saya mahu setiap kali pelanggan melangkah masuk ke Eastcoast Barber Shop, mereka akan berasa selesa, nyaman dan tidak serabut. Saya percaya jika kita memberi tambah nilai kepada perkhidmatan kita, ia akan menjadi perbualan dari mulut ke mulut dalam kalangan masyarakat. Justeru, saya percaya kombinasi khidmat menggunting rambut dan dekorasi yang unik berupaya mencetus promosi yang luar biasa.

Siapakah pelanggan yang sering datang untuk mendapatkan perkhidmatan saudara? Adakah mereka yang jiwa remaja atau lebih berumur?

PUFFA: Menariknya, meskipun berkonsepkan hipster, pelanggan yang sering datang ke barbershop terdiri daripada semua golongan. Pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama. Saya gembira dengan perkembangan ini.

NAXA: Golongan yang sering ke tempat saya juga tidak mengira umur. Tidak hanya tertumpu kepada golongan muda seperti yang disangkakan oleh sesetengan pihak. Pendek kata, bukan sahaja kanak-kanak, remaja malah warga emas dan golongan yang kurang upaya juga mendapatkan perkhidmatan gunting rambut daripada saya. Kadangkala, pelanggan saya terdiri daripada pengguna dari luar negara.

Apakah khidmat yang ditawarkan kepada pelanggan saudara selain dandanan rambut? Bagaimana pula dengan harga dan pakej yang ditawarkan?

PUFFA: Khidmat yang kami tawarkan kepada pelanggan pada masa ini hanyalah gunting rambut, hair tattoo, beard shave dan trim. Harga yang kami tawarkan juga mengikut harga semasa iaitu harga gunting rambut untuk dewasa RM22 manakala RM17 dikenakan kepada pelajar dan kanak-kanak. Pakej lain yang ditawarkan ialah kad baucar dan loyalty card.

NAXA: Bercerita soal harga, ia memang mampu milik. Potongan rambut untuk dewasa misalnya cuma RM15 manakala untuk kanak-kanak hanya RM10. Jika potong rambut dan cukur, caj dikenakan RM25, jika cukur sahaja RM10. Jikalau pelanggan mahu trim jambang, hanya RM10 dam cuci rambut RM10. Alhamdulillah, setakat ini semua pelanggan sangat berpuas hati. Saya berjanji akan memberi perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada usaha anak muda.