Enam maut serangan pengebom bunuh diri di Chad

Iklan
Serangan dikaitkan dengan militan Boko Haram Nigeria. - Gambar Hiasan

N'DJAMENA - Enam orang dilaporkan maut selepas seorang pengebom bunuh diri wanita meletupkan diri di barat Chad awal pagi ini, kata seorang pegawai kanan tentera dalam serangan yang dikaitkan dengan militan Boko Haram Nigeria.

"Enam orang maut termasuk seorang anggota tentera," kata sumber yang enggan dikenali berhubung serangan yang berlaku di daerah Kindjiria itu.

Iklan
Iklan

Beberapa orang turut dilaporkan cedera, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan. - AFP