SHAH ALAM - Jaringan Perniagaan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyeru alumni UiTM yang memiliki perniagaan, supaya berdaftar dengan pertubuhan itu sebagai usaha untuk mewujudkan jaringan perniagaan dalam kalangan alumni universiti berkenaan.
Pengerusi pertubuhan itu, Jamil Bakri berkata, langkah itu perlu supaya setiap alumni UiTM yang mengusahakan perniagaan masing-masing dapat mengembangkan perniagaan mereka menerusi ilmu keusahawanan yang dikongsi bersama rakan alumni lain.
"Kita mempunyai lebih 800,000 alumni UiTM seluruh negara dan kita yakin sebahagian daripada mereka ini bekerja sendiri atau mengusahakan perniagaan.
"Jadi kita mahu mereka ini berdaftar supaya kita dapat mengenalpasti jumlah sebenar mereka yang bergelar businessman supaya perniagaan mereka ini dapat dibantu dan diberi sokongan oleh rakan alumni universiti ini ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian pertubuhan itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub.
Jamil berkata alumni berkenaan yang berminat untuk mendaftar boleh berbuat demikian di laman web www.biznet-auitm.com.
"Susulan dengan kewujudan pertubuhan ini yang dilancarkan hari ini, kita juga telah membuka laman web tersebut bagi memudahkan alumni untuk mendaftar.
"Menerusi directory ini juga, setiap alumni yang ingin mengetahui bisnes rakan alumni yang lain boleh berbuat demikian dengan melayari laman web ini...contohnya mereka yang mahu menggunakan khidmat katering boleh melihat list alumni yang mengusahakan perniagaan tersebut," katanya.
Jamil berkata pihaknya berharap dengan adanya kerjasama itu, secara tidak langsung ia juga mampu mewujudkan hubungan baik dalam kalangan alumni UiTM itu sendiri. - Bernama