Sebahagian Pantai Boracay ditutup gara-gara lampin

Iklan
Pantai Boracay di Filipina. - Gambar Hiasan

MANILA - Sebahagian kawasan Pantai Boracay di Filipina terpaksa ditutup semalam selepas rakaman memaparkan seorang pengunjung dipercayai menanam lampin dalam pasir menjadi tular.

Dalam video yang dimuat naik ke laman sosial Selasa lalu, seorang pengunjung wanita dirakam menanam objek dalam pasir di seksyen pantai dikenali sebagai stesen satu.

Iklan
Iklan

Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat mengesahkan seksyen terbabit ditutup dan akan dibuka semula dalam tempoh 48 ke 72 jam.

"Aktiviti berenang tidak dibenarkan buat sementara waktu ketika operasi pembersihan dibuat dan kami sedang cuba mengesan di mana lampin itu ditanam.

Iklan

"Kawasan tersebut sedang digali," kata Puyat kepada ABS CBN News.

Pihak berkuasa dilaporkan sedang menjejak pengunjung dalam video terbabit bagi memfailkan tuduhan kerana melanggar ordinan alam sekitar.

Iklan

Dalam pada itu, rakaman insiden berkenaan menimbulkan kemarahan ramai pihak, kebanyakan mereka mahu pengunjung menghormati Pantai Boracay.

Tahun lalu, Presiden Rodrigo Duterte menutup Pantai Boracay selama enam bulan bagi menjalankan operasi pembersihan menyeluruh. - Agensi