GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Pengguna laluan utama Jalan Gua Musang - Kuala Krai terkandas sejak awal pagi tadi apabila sebuah treler terbalik berhampiran simpang Felda Chiku 3 di sini.
Kenderaan berat terbabit dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang dan terbalik sehingga menghalang kedua-dua laluan.
Kerja-kerja mengalihkan kenderaan sedang dilakukan sehingga jam 12 tengah hari ini dan kesesakan berlaku di kedua-dua hala sepanjang lebih 5km dari Kesedar Paloh ke simpang Felda Perasu.
Ada kalangan perantau juga turut memulakan perjalanan pulang selepas berhari raya.
Salah seorang pengguna laluan, Ismail Yaakob, 48, berkata, dia dan keluarga dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis bagi memenuhi undangan perkahwinan.
Selain itu, Mohd Hafiz Ibrahim, 35, dari Kota Bharu, terkandas sejak jam 8 pagi apabila memulakan perjalanan selepas Subuh untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Gua Musang, Zulqarnain Zakaria turut meninjau lokasi kejadian.