Pengajaran daripada kawad maut perlu dikongsi generasi akan datang

Iklan
Datuk Frankie Poon Ming Fung - Foto Bernama

SANDAKAN - Pengajaran yang diperoleh daripada peperangan dan kawad maut Sandakan-Ranau 74 tahun lalu perlu diperturunkan kepada generasi akan datang sebagai peringatan bahawa tiada siapapun yang meraih manfaat daripada tindakan berperang.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata masyarakat secara umumnya perlu menginsafi hasrat supaya kebebasan serta keamanan terus dikekalkan dan peperangan tidak membawa apa-apa melainkan kemusnahan kepada umat sejagat.

"Di Sandakan inilah tempat tawanan perang (POW) terkorban dan penduduk setempat mengambil risiko dan mengorbankan hidup mereka untuk membantu tentera bersekutu ini.

Iklan

"Kami menyertai anggota keluarga POW dan mengenang kehilangan tragik 74 tahun lepas (1945)," katanya pada majlis memperingati Hari Sandakan di sini.

Frankie kelihatan diselubungi kesedihan sehinggakan suaranya kedengaran bergetar semasa menyampaikan ucapan itu.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat itu berkata, ia mendapat tempat istimewa di hati negara yang terbabit -- Malaysia, Australia dan Britain untuk menjalin persahabatan yang berterusan.

Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia Andrew Goledzinowski dan Pesuruhjaya Tinggi Britian di Malaysia Charles Hay masing-masing turut menegaskan kepentingan mendidik masyarakat tentang pengorbanan POW ketiga-tiga negara itu yang menunjukkan semangat kebaikan serta persahabatan, yang berterusan sehingga hari ini.

Kawad maut itu membabitkan jarak kira-kira 260km semasa pendudukan Jepun pada Perang Dunia Kedua hingga mengorbankan lebih 2,400 POW yang dipindahkan dari kem POW Sandakan ke Ranau ekoran pengeboman landasan udara di Sandakan.

Sejak 17 tahun lalu, Majlis Perbandaran Sandakan dan Lembaga Pelancongan Sabah menganjurkan hari peringatan di bekas tapak ke POW, yang kini menjadi Taman Peringatan Sandakan serta dijaga rapi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. - Bernama