KUALA LUMPUR - Pas akan menganjurkan program Hit & Run Derita Rakyat di Kompleks Sogo di sini pada 31 Disember sebagai gesaan kepada kerajaan PH mencari penyelesaian derita rakyat.
Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, anak muda khususnya digalakkan menyertai program yang berlangsung jam 10 malam itu dan turut diadakan di zon-zon negeri seluruh negara.
"Hadirlah beramai-ramai secara aman untuk kita bersolidariti dan menyuarakan gesaan kepada kerajaan PH supaya mengadakan penyelesaian terhadap derita rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, banyak janji kerajaan PH yang diungkap dan tercatat di dalam manifesto sewenang-wenangnya telah dimungkiri.
"Malah, pelbagai alasan pula diberi secara memperolok-olokkan rakyat. Begitu juga pelbagai dakwaan berkaitan kecurangan, penyelewengan, salah guna kuasa, ketirisan, rasuah dan seumpamanya.
"Hingga kini dilihat bersimpang siur yang membayangkan seolah-olah ia tuduhan tanpa pembuktian.
"Sebaliknya, pelbagai skandal dan kleptokrasi bagaikan telah dilupus secara silap mata dengan kaedah lompat parti atau dibenam terus dalam sejarah demi menyelamatkan tokoh-tokoh terbabit,” dakwanya.
Katanya, kerajaan PH bukan sahaja dilihat tidak memiliki ‘political will’ bagi menyelesaikan masalah lampau, bahkan kontang idea untuk memacu perubahan.
"Sehubungan itu, luahan penderitaan ini mesti digema suarakan di seluruh negara. Mesej mesti disampaikan kepada kerajaan PH sebagai signal dari rakyat,” katanya.