Jangan fitnah Zakir Naik: Annuar Musa

Iklan
Annuar Musa

SHAH ALAM - Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan jangan memfitnah Dr Zakir Naik berhubung ucapan ceramahnya di Kota Bharu, 9 Ogos lalu.

Annuar tampil membela penceramah dari India itu yang ketika ini didesak supaya meninggalkan negara susulan ucapan ceramahnya yang mengundang kontroversi.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kenyataan oleh pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik berhubung masyarakat Cina dan penganut agama Hindu di negara ini telah diambil di luar konteksnya.

"Jangan putar belitkan kenyataan penuh dan konteks ucapan Zakir. Saya ikuti teks penuh ucapan pada 8 Ogos lalu. Saya juga hadir di stadium pada 9 Ogos, usah memfitnah,” katanya menerusi kenyataan di Twitter miliknya, @annuarmusa hari ini.

Iklan

Beliau membuat ciapan itu sambil ulang ciapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan masyarakat India dan Cina bukan tetamu tetapi warganegara Malaysia yang cintakan negara.

Semalam, Syed Saddiq bersetuju dengan rakan Kabinetnya supaya Dr Zakir dihantar pulang ke India susulan kenyataan kontroversinya terhadap masyarakat India dan Cina.

Iklan

Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ialah menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pertama yang tampil menyokong gesaan tiga menteri supaya kerajaan menghantar Dr Zakir pulang ke India.

Katanya, serangan Dr Zakir terhadap orang Cina dan India di negara ini adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq juga setuju Zakir Naik tak boleh tinggal di Malaysia

Selain itu, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyokong gesaan agar pendakwah tersohor, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.

Menurut Rais yang juga bekas menteri, tindak-tanduk Dr Zakir yang mencetuskan pelbagai kontroversi turut menjejaskan keharmonian negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Rais sokong Zakir Naik dihantar pulang ke India

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar menyatakan pendirian tegas supaya Dr Zakir diusir dari negara susulan kenyataan dalam program pidatonya di Stadium Sultan Muhammad VI di Kota Bharu pada 9 Ogos lalu.

Dr Zakir sebelum ini menafikan beliau cuba mewujudkan suasana tidak harmoni di Malaysia.

Beliau juga menjelaskan pengkritiknya salah tafsir berhubung ucapannya bagi tujuan politik dan menganiayanya.

Dr Zakir berkata, ketika program pidatonya itu, beliau memuji langkah Malaysia mengamalkan pendekatan Islam memberi layanan adil kepada masyarakat India dan menegakkan hak mereka.