SABAK BERNAM - Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai di sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di Sungai Besar, kira-kira jam 1 pagi kelmarin.
Iklan
Iklan
"Individu terbabit direman tujuh hari dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menahan dua suspek berusia 37 dan 45 tahun dalam dua serbuan berasingan di daerah ini, Isnin lalu.
Siasatan awal mendapati kejadian berkenaan bukan bermotifkan samun dan menolak penglibatan kumpulan kongsi gelap.
Dalam kejadian jam 4 30 pagi Isnin lalu, P Runkanaikey, 78, maut dibunuh manakala N Silamparasan, 22, parah selepas diserang lima lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang.
Warga emas itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah kepala, telinga kanan, tangan dan lutut kiri, manakala cucu lelakinya parah lengan tangan kiri, paha dan betis kiri serta tapak kaki kanan.
ARTIKEL BERKAITAN: Nenek maut, cucu parah diserang lima lelaki bertopeng
Bunuh warga emas: Dua lelaki ditahan bantu siasatan