BAGAN SERAI - Tiga peniaga kerugian lebih RM1,000 apabila sembilan kotak polisterina yang mengandungi ikan segar dilarikan dua lelaki bertopeng di Pasar Awam Parit Buntar, di sini semalam.
Dalam dua video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Facebook itu merakam gelagat dua suspek melarikan stok jualan ikan milik peniaga.
Dua video kejadian curi ikan milik peniaga Pasar Awam Parit Buntar mula tular di Facebook semalam.