Hujan dan ribut petir landa KL, Selangor hingga Sabtu

Iklan
Hujan dan ribut petir diramal melanda sekitar kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor hingga Sabtu ini.

KUALA LUMPUR - Cuaca di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan dan ribut petir sehingga Sabtu ini.

Menerusi maklumat di laman sesawang rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hujan dan ribut petir diramal berlaku sama ada waktu pagi dan petang di Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Sepang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada hujan diramal berlaku pada waktu malam di kawasan tersebut.

Di Sabak Bernam, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang dan Klang hujan dan ribut petir dijangka melanda waktu pagi.

Iklan

Bagi kawasan Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat pula hujan dan ribut petir diramal pada waktu petang.

Kawasan Petaling dijangka tidak mengalami hujan hingga Rabu depan.

Iklan

Di Kuala Lumpur pula hujan dan ribut petir diramal di satu dua tempat pada petang Sabtu manakala cuaca dijangka baik esok.

Bagi kawasan Putrajaya, hujan dan ribut petir dijangka pada waktu pagi dari esok hingga lusa manakala cuaca diramal baik dari Ahad hingga Rabu ini.