Netizen puji bomba selamatkan anak kucing

Iklan
Anak kucing yang terperangkap berjaya diselamatkan pegawai bomba menjadi tular di media sosial.

SUNGAI PETANI - Usaha pihak bomba menyelamatkan anak kucing terperangkap menerima pujian netizen selepas rakaman tentang kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan seorang pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Muhamad Amirul Arifin tidak berputus asa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sehingga haiwan berkenaan dilihat mengeluarkan suara.

Iklan
Iklan

Kucing itu dilihat turut dirawat dengan diletakkan ubat serta diselimutkan bagi membantu proses penyembuhan.

Ketua Balai Bomba Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Nut Jamudin mengesahkan kejadian berlaku di sebuah rumah dekat Taman Sutera Idaman di mana anggota yang terlibat ialah dari Pasukan A BBP Sungai Petani.

Iklan

Menurutnya, anak kucing berkenaan terperangkap dalam bumbung rumah di mana selepas dikeluarkan, anggota mendapati keadaannya lemah.

"Selepas diberi bantuan pernafasan CPR, anak kucing berkenaan mula mengeluarkan suara dan anggota terus melakukan CPR bagi memastikan keadaannya benar-benar stabil," katanya.

Iklan

Beliau berkata, selain Amirul, pasukan berkenaan dianggotai Mohamad Halim, Norhisham Md Khir, Agustinus Mat Desa dan Azrin Ahmad.

Katanya, kejadian itu merupakan kejayaan besar kerana mampu menyelamatkan satu nyawa biarpun seekor kucing selain mengharapkan setiap anggota sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi dan cekal dalam melaksanakan misi menyelamat.

Menurutnya, tugas anggota bomba tidak tertakluk kepada operasi memadam kebakaran semata-mata namun sentiasa bersedia memberi perkhidmatan merangkumi skop menyelamat yang lebih meluas.