Tiada perubahan dalam SPRM: Latheefa

Iklan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya menyangkal dakwaan bakal berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi dalam SPRM susulan cuti sakit Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, laporan berita yang mendakwa perkara itu adalah tidak wajar dan langsung tidak berasas.

Iklan
Iklan

"Saya merujuk kepada laporan berita yang mendakwa bahawa akan ada perubahan di dalam SPRM kononya atas sebab timbalan ketua pesuruhjaya cuti sakit baru-baru ini.

"Datuk Seri Azam Baki telah pun keluar dari hospital, malah dah datang ke pejabat hari ini.

Iklan

"Beliau dijangka akan menyambung balik tugas rasmi minggu depan pada 22 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, laporan sebuah portal mendakwa perubahan dijangka berlaku susulan Azam dimasukkan ke Hospital Putrajaya bulan lalu.

Iklan

Memetik sumber, laporan portal itu menyatakan, SPRM berkemungkinan besar akan melantik seorang pemangku timbalan ketua pesuruhjaya untuk menyelia perkara-perkara berkaitan operasi.