Manfaat seni dalam masyarakat

Iklan
Abdul Kareem (dua dari kanan) pada sidang akhbar berkenaan.

IPOH - Selain menjadi medium bagi menyuarakan sesuatu, seni juga mampu memberikan manfaat kepada kehidupan bermasyarakat.

Guru seni Kelas Seni Halus Ipoh, Abdul Kareem Jaafar Azzuddin berkata, setiap individu sebenarnya memiliki bakat seni terpendam dan ia perlu diluahkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti seni perlu diberikan perhatian agar lebih ramai bakat-bakat seni yang terpendam dapat tampil untuk memberikan sumbangan menerusi hasil seni pada masa hadapan.

"Sebenarnya, semua orang boleh menikmati seni. Sebagai contoh, semua orang boleh melukis.

Iklan

"Oleh itu pameran kali ini diharapkan dapat memberikan pendedahan mengenai seni dan sekali gus menunjukkan bahawa hasil seni boleh dihasilkan oleh semua orang, sesiapa sahaja,” katanya pada sidang akhbar sempena Pameran From The Art Room di Pusat Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) semalam.

Abdul Kareem (kiri), Nolee Ashilin dan Nur Hanim pada sidang akhbar sempena Pameran From The Art Room di Pusat Koloni Karyawan Amanjaya (PORT), semalam.

Hadir sama, Pengurus PORT, Nur Hanim Mohamed Khairuddin dan wakil Ahli Lembaga Pengarah PORT, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Iklan

Pameran yang berlangsung mulai 14 dan 15 September depan bakal menampilkan karyawan berasal dari Perak berusia 7 hingga 70 tahun menerusi pelbagai medium seni.

Sementara itu, Abduk Kareem berkata, orang ramai dipelawa hadir ke pameran berkenaan bagi melihat sendiri hasil-hasil karya yang dihasilkan.

Malah katanya, orang ramai juga boleh mendapatkan hasil-hasil karya berkenaan dan hasil jualannya akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.

"Kita alu-alukan kehadiran orang ramai ke pameran ini dan kemasukan adalah percuma. Kita juga akan adakan sesi dialog sempena pameran berkenaan,” katanya.