'Bukan nak menunjuk-nunjuk'

Iklan
Demi menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, Mohd Daud Rasol 59, menggantungkan Jalur Gemilang pelbagai saiz serta replika yang dihasilkan dengan begitu kreatif dan menarik di hadapan rumahnya di Kampung PPRT Larut Permai, Air Kuning dekat sini. - Foto Bernama

BUKIT GANTANG -"Bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada jiran, tapi inilah yang dinamakan semangat cintakan negara,” tegas seorang pesara kerajaan yang tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2019.

Mohd Daud Rasol, 59, berkata setiap tahun apabila tiba bulan Ogos, bulan kemerdekaan negara, dia dan keluarga pasti mengusahakan sesuatu di sekitar rumah di Kampung PPRT Larut Permai, Air Kuning dekat sini.

Iklan
Iklan

Katanya tahun ini dia menggunakan 200 helai Jalur Gemilang untuk digantung di sekitar rumah selain membuat dekorasi seperti bentuk bunga bagi menceria dan mengindahkan kawasan rumahnya itu.

"Saya membelanjakan RM500 untuk membeli Jalur Gemilang, tayar kenderaan terpakai dan pelbagai bunga hiasan diletak di pekarangan rumah.

Iklan

"Saya memasang Jalur Gemilang dan dekoratif di kawasan rumah sejak tiga tahun lalu secara kecil-kecilan sebagai tanda semangat patriotik cintakan negara, tapi tahun ini lebih banyak kerana saya turut menyertai pertandingan kecerian sempena Hari Kebangsaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Mohd Daud yang berasal dari Melaka berkata dia turut dibantu oleh isteri Jamilah Taib, 51, dan anak-anak memasang Jalur Gemilang bagi menceriakan suasana di kawasan sekitar kediaman.

Iklan

"Saya juga mahu generasi muda mencontohinya supaya menjadi pendorong kepada mereka menghayati kemerdekaan dengan memasang dan menghiaskan Jalur Gemilang di rumah masing-masing,” katanya. - Bernama