Aktiviti mendaki bukit: Gunalah khidmat pemandu arah, saran menteri

Iklan
Mohamaddin (tiga kiri) memotong pulut semangat sebagai gimik perasmian sempena Festival Citrawarna Siam Malaysia 2019 di Wat Machimmaram Kampung Jubakar di sini malam tadi.

TUMPAT - Khidmat malim gunung atau pemandu arah wajar digunakan bagi aktiviti meneroka hutan dan mendaki gunung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi.

Bagaimanapun katanya, pilihan sama ada mahu menggunakan khidmat tenaga pakar itu atau tidak terpulang kepada pendaki dan kementeriannya tidak mewajibkan perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bukan masalah mewajibkan atau tidak kerana khidmat itu (malim gunung atau penunjuk arah) memang ada cuma terpulang kepada individu untuk menggunakan khidmat mereka.

"Sebagai contoh di Gunung Kinabalu, Sabah yang menyediakan malim gunung dan khidmat mereka sememangnya diperlukan untuk membawa pendaki ke puncak.

Iklan

"Kita tidak letakkan syarat wajib perlu adanya malim gunung untuk pandu arah ketika mendaki tetapi adalah lebih baik menggunakan khidmat malim gunung untuk elakkan perkara yang tidak diingini," katanya pada sidang media sempena Festival Citrawarna Siam Malaysia 2019 di Wat Machimmaram Kampung Jubakar di sini malam tadi.

Mohammadin berkata demikian ketika mengulas beberapa kejadian sesat di hutan antaranya melibatkan empat individu, termasuk dua wanita ketika mendaki Twin Peak di Bukit Fraser.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 4 pendaki sesat di Bukit Fraser diselamatkan

Ia termasuk tragedi yang menimpa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, di sebuah resort di Pantai, Seremban.

Persembahan kebudayaan masyarakat Siam menghiburkan sempena sempena Festival Citrawarna Siam Malaysia 2019 di Wat Machimmaram Kampung Jubakar di sini malam tadi.

Mengulas mengenai Festival Citrawarna Siam Malaysia, Mohammadin berkata, kebudayaan yang dipertontonkan ini adalah yang terbaik dan menarik anjuran Persatuan Wanita Siam Kelantan.

Katanya, ia menggambarkan imej etnik minoriti di negeri ini yang hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.

"Seperti tarian menora yang dipersembahkan, ia kebudayaan masyarakat Siam yang perlu dipertahankan," katanya.

Hadir sama, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) negeri, Mohd Aidil Afizie Daud; Gabenor Narathiwat, Thailand, Ekkrat Leesen dan Pengerusi Persatuan Wanita Siam Malaysia Negeri Kelantan, KC Ngiam Eh Kuan.