Daging tikus jadi pilihan

Iklan
Penjual di pasar minggu kampung Kumarikata menjual tikus yang belum dan sudah dimasak. - Foto AFP

KUMARIKATA - INDIA.Sebuah pasar minggu di India menjadi tumpuan ramai pengunjung yang meminati 'menu istimewa', daging tikus dari kawasan pertanian tempatan yang terkenal kerana 'keenakkannya'.

Sekilogram daging tikus tersebut dijual pada harga sekitar AS$2.80 (RM11.69), menyamai harga daging ayam atau khinzir.

Iklan
Iklan

Menurut penduduk setempat kampung Kumarikata di negeri Assam, haiwan terbabit paling sedap apabila direbus, disiat dan dimasak dengan rempah pedas.

Tikus merupakan sumber pendapatan berharga untuk puak miskin Adivasi di Assam, ketika tiada aktiviti memetik daun teh di ladang, mereka memerangkap haiwan berkenaan lalu dijual di pasar minggu. - AFP

Iklan
Iklan