PONTIAN- PKR Cabang Tanjung Piai mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila pertama kali mengadakan proses pemilihan kepimpinan peringkat cabang hari ini.
Ketua penajanya, Rosman Tahir berkata PKR Cabang Tanjung Piai diluluskan permohonan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Mei tahun ini, selepas surat permohonan dihantar pada September tahun lepas.
Iklan
Iklan
"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ahli cabang PKR Tanjung Piai yang berdaftar cuma dua orang sahaja. Bilangan ahli terus meningkat secara mendadak lepas PRU14," katanya hari ini.
Katanya lagi, pimpinan pusat meminta PKR Cabang Tanjung Piai melakukan pemilihan jawatankuasa selepas ditubuhkan bagi memilih 18 jawatankuasa tertinggi peringkat cabang selain sayap wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
"Tiga calon bertanding bagi jawatan ketua cabang. Saya turut bertanding di samping dua lagi calon iaitu Mohd Zaiful Bakri dan Ismail Zailani," katanya.
Dijangka lebih 500 ahli PKR Cabang Tanjung Piai yang berdaftar akan membuang undi bermula jam 10 pagi hingga 5 petang di Dewan Hotel My Residence.
Artikel Berkaitan