Zakir Naik hantar surat tuntut Kula Segaran minta maaf

Iklan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Penceramah bebas, Dr Zakir Naik mengemukakan notis tuntutan terhadap Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, bagi menuntut menteri itu membetulkan kenyataan dan memohon maaf berhubung kenyataan media yang dikeluarkan bertajuk 'Zakir Naik’s presence in Malaysia is embarrassing to all Malaysians'.

Penguambela dan Penguamcara Akberdin&Co yang mewakili Zakir berkata, notis tuntutan saman itu telah dihantar ke Pejabat Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya hari ini.

Iklan
Iklan

Melalui notis tuntutan itu, penceramah itu menuntut Kula mengemukakan permohonan maaf dalam masa 48 jam dan menawarkan penyelesaian akibat kerosakan dan aib yang dialaminya kesan daripada kenyataan fitnah itu.

Menerusi surat tuntutan itu, Kula didakwa mengeluarkan kenyataan media bertajuk 'Zakir Naik presence in Malaysia is embarassing to all Malaysians’ pada 13 Ogos lalu.

Iklan

Kenyataan itu didakwa disiarkan di dalam beberapa penerbitan media dan portal berita termasuk Malaysiakini pada tarikh yang sama dengan tajuk 'Running down M’sians: Kula to bring up Zakir in cabinet'.

"Ucapan dan kenyataan berkenaan bersifat fitnah, yang jika difahami bermaksud anak guam kami adalah seorang yang tidak jujur dan menggunakan Islam bagi kepentingan diri sendiri,” kata Akberdin

Iklan

Menurut Akberdin, kenyataan fitnah itu mendakwa anak guamnya antara lain mahu membentuk jurang antara kaum dan agama di Malaysia bagi mendapatkan sokongan komuniti Muslim di Malaysia serta membolehkan beliau tinggal di Malaysia.

Katanya, kenyataan itu membawa maksud bahawa Zakir mempunyai motif meragukan untuk memecah belah populasi dan keharmonian rakyat Malaysia.

"Kenyataan fitnah terhadap Zakir ini berniat jahat dan bersifat kebencian, maka kami diarahkan untuk menyatakan bahawa kenyataan fitnah itu adalah tidak berasas, direka, tidak benar dan diputar belit.

"Ia mencemarkan reputasi dan kredibiliti serta memalukan anak guam kami,” katanya.

Dalam pada itu penceramah terkenal itu telah membuat laporan polis di sebuah Balai Polis di Shah Alam pagi ini.