Percikan gaya feminin

Iklan
PELAKON Nora Danish tampak comel persis wanita Korea apabila memilih skirt warna putih bersama blaus gelembung pada bahagian bahu ketika bercuti bersama keluarga di Bali, Indonesia bulan lalu.

Menyorot sejarah kemunculan skirt, ia bermula sekitar abad ke-15 di Eropah. Pada ketika itu, pakaian tersebut bersifat universal memandangkan wanita ataupun lelaki bebas menyarungkan kain yang hadir dalam potongan sarung dan segi empat tepat.

Sebelum berlakunya revolusi perindustrian kain dan pakaian, rata-rata skirt dihasilkan daripada kulit haiwan dan helaian daun menggunakan teknik tenunan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, zaman yang bersilih ganti menyaksikan rekaan skirt dilihat mengalami gelombang perkembangan tersendiri khususnya dari aspek jahitan, material, potongan dan rekaan.

Bermula pada abad ke-19, kebanyakan tukang jahit menerapkan stail skirt potongan kecil pada bahagian pinggang, kembang pada bahagian pinggul dan labuh.

Iklan

Rekaan sedemikian bertujuan menyuntik penampilan anggun dan feminin dalam kalangan wanita-wanita Eropah pada zaman tersebut.

Sementara itu, material yang digunakan pula pelbagai mengikut kemampuan dan status seseorang wanita. Ini disebabkan fabrik yang ditawarkan di pasaran ketika itu dijual pada harga yang tinggi.

Iklan

Sejajar dengan peredaran masa, koleksi skirt tidak hanya terhad pada satu potongan, rekaan dan warna.

Selain, ala payung, golongan wanita juga berpeluang menggayakan skirt pendek, potongan pensil, berlipat-lipat, bertingkat, beropol atau skirt potongan serong.

Menariknya, item fesyen itu bukan sahaja ideal digayakan ke pejabat, malah menarik dipakai ketika bersantai, bercuti ataupun menghadiri majlis minum petang dan majlis semi formal.

Paling penting, wanita perlu bijak mempraktikkan konsep suai dan padan bersama pelengkap gaya dan aksesori pilihan supaya skirt yang disarungkan itu sesuai dengan tema dan konsep acara dihadiri.

Justeru, edisi #OOTD minggu ini, Femina memaparkan kepingan foto selebriti tempatan yang tampak anggun, manis dan feminin dalam persalinan skirt.

Barangkali, penampilan yang mereka kongsikan menerusi laman sosial, Instagram peribadi boleh dijadikan rujukan buat wanita di luar sana untuk berfesyen.

Kredit foto: @instagram selebriti