Deodoran haruman Ros Hokkaido

Iklan
DEODORAN Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose

Formula inovatif gabungan vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido bertindak memulihara kulit bawah lengan

KEINDAHAN Ros Hokkaido yang mekar setahun sekali di Hokkaido, Jepun memberi inspirasi kepada rangkaian produk kosmetik Nivea apabila mereka memperkenalkan Deodoran Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose yang mewah dengan haruman bunga tersebut baru-baru ini.

Deodoran baharu menggunakan formula inovatif gabungan vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido itu bertindak tiga kali ganda untuk penjagaan kulit bawah lengan.

Iklan
Iklan

Selain memulihara kulit bawah lengan dari dalam, Deodoran Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose juga berfungsi mencerah, melicin dan mewangikan ketiak persis bunga ros Hokkaido.

Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, sebagai peneraju utama dalam pasaran deodoran, Nivea sentiasa proaktif menghasilkan pewangi bawah lengan yang unik dan istimewa untuk para wanita Malaysia.

Iklan

"Formula eksklusif yang diterapkan pada penghasilan deodoran Nivea Whitening Deep Serum Hokkaido Rose ini membantu wanita menikmati wangian tahan lama, yakin dan kekal segar sepanjang hari,” jelasnya pada Majlis Pelancaran Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah penyanyi, Joey Chua dan pelakon muda, Farah Nabila yang tampak manis dalam persalinan busana rekaan pereka terkenal, Melinda Looi.

Iklan