KHARTOUM - Sekurang-kurangnya 46 orang terkorban di seluruh Sudan selepas hujan lebat sejak dua minggu lalu mencetuskan banjir kilat.
Penolong Setiausaha Kementerian Kesihatan, Suleiman Abdel Jabbar berkata, hujan dan banjir telah menjejaskan 16 daripada 18 negeri di Sudan.