Aaliyah layak ke final, atasi rekod asia

Iklan
Aaliyah Yoong Hanifah

PUTRAJAYA - Peluncur ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mencipta rekod Asia dalam acara tricks, sekali gus menempatkan diri dalam kelompok 12 peserta terbaik ke pusingan akhir Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 di Pusat Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.

Peluncur berusia 16 tahun itu memperagakan aksi menarik dengan melakukan 'flip' sebanyak empat kali dalam salah satu percubaan pada pusingan awal acara 'tricks' untuk mengumpul 7,320 mata.

Iklan
Iklan

Pencapaian tersebut turut memadam rekod Asia iaitu 7,250 mata.

"Ini adalah kali ketiga melakukan pungutan melebihi 7,000 mata. Saya sudah biasa dengan keadaan berangin di laman latihan saya. Saya menyesuaikan diri dengan keadaan air bergelora dan berangin.

Iklan

"Layak ke pusingan akhir adalah amat istimewa bagi diri saya lebih-lebih lagi di negara sendiri. Saya rasa gembira untuk melakukan di laman sendiri dengan sokongan ahli keluarga dan kawan-kawan,” katanya di sini.

Mengenai persediaan pusingan final Ahad ini, Aaliyah yang menduduki tangga kesembilan dalam acara kegemarannya itu berkata, dia tidak mahu melakukan sebarang kesilapan dalam aksi tricks dan akan cuba menampilkan aksi terbaik.

Iklan

Antara jaguh dunia yang berentap pada final ialah Neilly Ross dari Kanada, Anna Gay dari Amerika Syarikat dan peserta Australia, Jacinta Caroll. - Bernama