WASHINGTON - Seorang banduan yang disabitkan bersalah melakukan dua pembunuhan menjalani hukuman mati menggunakan kerusi elektrik semalam, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menolak rayuan saat akhirnya.
Stephen West yang memohon tidak mahu menggunakan suntikan maut, diumumkan meninggal dunia pada jam 7.27 malam (waktu tempatan) di Institut Keselamatan Maksimum Riverbrand di Nashville, kata Jabatan Pemulihan Tennessee dalam kenyataan bertulis.