Beri pendedahan aspek penjagaan kanak-kanak

Iklan
Sebahagian peserta yang hadir pada program berkenaan yang diadakan di Dewan Apartmen Idaman Damansara Damai.

DAMANSARA DAMAI - Open Ideas Space (OpiS) bersama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Persatuan Perpustakaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan kursus berhubung aspek penjagaan kanak-kanak-kanak untuk penduduk Apartmen Idaman.

Pengasasnya OpiS, Azura Zainal berkata, pelaksanaan kursus tersebut adalah bagi memupuk komuniti setempat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di samping melahirkan masyarakat penyanyang dan seimbang melibatkan semua aspek.

Iklan
Iklan

"Apa yang kita ingin sampaikan melalui kursus ini adalah supaya pengasuh-pengasuh di rumah sedar mengenai peranan mereka yang besar.

"Ini kerana pemikiran kanak-kanak berusia 0-6 tahun adalah umpama span dan segala aspek perlu diberi penekanan pada peringkat umur tersebut,” katanya

Iklan

Azura berkata, pengasuh bertanggungjawab untuk memberi pengajaran, pembelajaran dan stimulasi kepada minda kanak-kanak agar mereka dapat menjadi insan berguna pada masa hadapan.

Katanya, unsur-unsur positif perlu diterapkan melalui aktiviti atau program bagi meningkatkan potensi kanak-kanak terbabit.

Iklan

"Malah kita turut terapkan modul-modul asas kepada pelatih supaya dapat memudahkan mereka pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Fasilitator PPBM, Rogayah Saad berkata, bagi penganjuran tersebut, seramai 35 orang penduduk setempat telah menyertai kursus berkenaan bagi mendapatkan kemahiran dan pendedahan mengenai aspek penjagaan kanak-kanak.

Rogayah berkata, PPBM telah mengentengahkan 16 modul untuk didedahkan kepada peserta dan kebanyakan daripada mereka berpuas hati dengan pelaksanaan kursus tersebut.