WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor berminat untuk membeli Greenland.
Sumber berkata, beberapa pegawai menganggap cadangan itu sebagai jenaka, namun Trump menjelaskan ia sebagai cara memperluas wilayah AS.
Cadangan membeli Greenland pertama kali dilaporkan oleh Wall Street Journal.
Bekas Presiden Harry Truman pernah menawarkan AS$100 juta (RM417 juta) untuk membeli wilayah autonomi Denmark itu pada tahun 1946.
Greenland yang merupakan pulau terbesar di dunia terletak di sebelah utara Lautan Atlantik dan timur laut Kanada.
Trump akan melakukan kunjungan pertamanya ke Denmark pada September ini.
Belum ada bayangan bahawa pembelian Greenland akan menjadi agenda pertemuannya dengan pemimpin tertinggi Denmark nanti.
Difahamkan, Pangkalan Udara Thule di Greenland merupakan pangkalan tentera AS yang terletak paling utara. - Agensi